Pusat Pentadbiran Dan Pemerintahan Majlis_Daerah_Bandar_Baharu

Rancangan awal pihak kerajaan untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan yang berada di Bandar Baharu ke Serdang telah di tentang oleh penduduk kampung Sungai kecil hilir dan Relau.Namun Selepas pembinaan jalan tar yang melalui kampung Air Putih hingga Relau dan Sungai kecil hilir,mereka mula menyokong cadang tersebut.Bermula tahun 1997,pusat pentadbiran kerajaan mula pindah ke Serdang.Serdang dipilih sebagai pusat pentadbiran yang baru kerana ia terletak di tengah-tengah daerah Bandar Baharu.Ini memumudahkan orang ramai untuk berusan.Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan sama ada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan, bererapa buah pejabat dan bangunan pentadbiran dan pengurusan kerajaan diwujudkan oleh pihak yang bertanggungjawab di Serdang. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Pejabat Daerah Daerah Bandar Baharu,Serdang
  2. Pejabat Tanah Daerah Bandar Baharu,Serdang
  3. Pejabat Agama Dan Mahkamah Syariah Daerah Bandar Baharu,Serdang
  4. Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu,Serdang
  5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu,Serdang
  6. Pejabat Pendaftaran Daerah Bandar Baharu,Serdang
  7. Majlis Daerah Bandar Baharu,Serdang
  8. Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu,Serdang
  9. Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bandar Baharu,Serdang